بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan
pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah
teguran daripada-Mu, ya Allah. Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan
kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hamba-Mu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah,
hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Ya Rabbal Alamin,
Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan
seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah. sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti.
Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada
barisan hadapan kami yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit-pesakit dan
memerangi wabak ini, ya Allah.
Ya Zaljalali wal Ikram,
Sesungguh kami amat sedih dengan apa yang menimpa kami ini, ya Allah. Hanya Engkaulah
yang Maha Berkuasa. Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kami
menghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya
Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan
ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.
Ya Jabbar, ya Mutakabbir,
Kami sedar, banyak yang mahu Engkau tunjukkan kepada kami atas musibah ini.
Ampunkanlah kami, ya Allah jika ini adalah kemurkaan-Mu kepada kami. Jentiklah hati
kami agar kami sedar akan keselipan yang telah kami lakukan. Semoga kami sentiasa
bermuhasabah diri kami. Semoga dapat diperbetulkan kehidupan kami, ya Allah.
Ya Allah, ya Rahman, Ra Rahim,
Pertemukan kami dengan Ramadhan yang tidak lami lagi, ya Allah. Maka segelah Engkau
angkat wabak ini. Dekatkanlah hati-hati kami dengan-Mu agar sentiasa beribah kepada-Mu,
ya Allah. Berilah kami peluang dan ruang lagi untuk kami berjemaah di rumah-rumah-Mu, ya
Allah.
Ya Allah,
Jauhkan kami daripada perasaan hasad dengki, dendam, dan buruk sangka sesama kami.
Berilah di sebalik semua musibah ini agar umat Islam semakin kuat dan hidup aman dan damai. Terangilah hidup kami dengan cahaya petunjuk-Mu. Limpahilah kami dengan rahnat
kasih sayang-Mu. Sejahterakan kami dunia dan akhirat, ya Allah.
Ya Allah, ya Rahman, Ra Rahim,
Kurniakanlah kekuatan kepada kami dengan sebab pembacaan al-Quran. Kurniakanlah
kekuatan dan kesihatan kepada dengan kemuliaan dan ketinggian al-Quran. Ampunilah
kami dan perkenankanlah doa kami dengan kemuliaan mukjizat al-Quran.
*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*
S.U
MAJLIS UKHWAH AMAL MALAYSIA
No comments:
Post a Comment