Saturday, July 30, 2022

1Muharram 1444Hijrah

 BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين.. 


Tahun baru Islam Tuhan pilih bulan Muharram


Kerana di dalamnya berlaku beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam 

untuk dikenang dan menjadi pengajaran


Diharamkan peperangan di bulan ini,

 kecuali musuh mengundang


Tahun baru Islam diambil sempena hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam


Muharram telah menempa sejarah gemilang, bagi pejuang-pejuang Tuhan 

dan pejuang-pejuang kebenaran 


Mereka diberi kemenangan besar, di bulan Muharram, yang patut dikenang


Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga, tapi di luar Muharram


Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi kemenangan besar-besaran 

seperti yang diceritakan


Setelah cukup ketaqwaan mereka  dan setelah tinggi disiplin mereka 

biasanya kemenangan itu diberi oleh Tuhan di bulan Muharram


Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi, angkanya, tarikhnya tidak sama, 


ada 1 Muharram, ada 10

Muharram dan lain bilangan di dalam Muharram


Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada, 

di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan


Yang penting diceritakan di sini apakah syarat-syaratnya 

kemenangan itu dianugerahkan?!


Untuk panduan para pejuang setiap zaman, syarat-syaratnya penting diketahui untuk diusahakan


1. Adanya pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.


2.Setelahpengikut-pengikutnya taat setia kepada pemimpinnya sehidup semati.


3. Kasih sayang dan perpaduannya sesama ahli terserlah sekali


4. Fikiran dan perasaan mereka selaras dan selari.


5. Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga.


6. Mereka menjadi abid-abid di waktu malam, menjadi singa-singa di siang hari.


7. Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh, bagaikan besi waja yang tidak dapat diganggu gugat oleh ujian dan cabaran.


8. Perjuangan mereka agak lama berterusan.


9. Setelah mereka menempuh ujian demi ujian kecil dan besar sebagai tapisan.


10. Maka berlakulah saringan, demi saringan, tapisan, demi tapisan dari ujian.


11. Mereka yang asalnya bilangannya ramai, setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan


12. Kalau pejuang-pejuang Islam diberi kemenangan setelah ramai bilangannya natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan.


13. Cara ini tidak nampak kebesaran dan kuasa Allah memberi kejayaan.


14. Dengan kemenangan mereka akan sombong, dan menzalim orang ramai sewenang-wenang.


15. Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga dan usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa. 

  

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala 

diberi kemenangan di dalam sejarah Islam


Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu 

biasanya Allah Taala anugerahkan


Untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman, 

yang penting syarat-syarat kemenangan itulah yang hendak dipastikan


Berusahalah untuk memenuhi syarat-syarat kemenangan


Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan setelah syarat-syaratnya dipenuhkan  


Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya untuk menagih janji Tuhan, 

kemenangan pasti datang seperti yang dijanji Tuhan

No comments:

Post a Comment