Tuesday, January 18, 2022

MARI MENGENAL NAFSU

 *السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين..  اللهم أنزل الرحمة والمغفرة والسلامة على أبوى واله وخلفاءه وازواجه واولاده ومن نصره إلى يوم الدين ....أمين يا رب العا لمين*_ 🤲🏻


Nafsu itu sangat jahatnya, begitulah Tuhan memberitahu

Di dalam Al Quran ada diceritakan untuk ingatan


Nafsu sifatnya dungu, melulu

Kehendaknya tidak bertepi, apa sahaja dia mahu


Halal atau haram dia tidak peduli, yang penting apa sahaja perlu dimiliki


Kemahuannya sangat dahsyat, hebat hingga menjadi sesat


Kehendaknya hingga badan penat, dia tidak penat

Badanlah yang terima risiko akibat kehendak-kehendaknya


Tuntutan kemahuannya mudharat dan memudharat- kan, rosak dan merosakkan


Masyarakat huru-hara dibuatnya, manusia pecah- belah kerananya, peperangan terjadi disebabkannya


Kehendak nafsu tidak pernah puas-puas

Dapat sedikit hendak banyak, setelah banyak yang dapat terasa sedikit 


Hendak tambah lagi, hendak banyak lagi, cari lagi hingga badan letih dibuatnya

Tamak pun datang, bakhil pun menjelang


Jika tidak dapat dia meluka- kan hati, jika dapat dia membungakan hati


Hati pula rosak dibuatnya

Dapat menjadi bangga, tidak dapat kecewa pula


Hati raja diri pun menjadi pengkhianat kepada Tuhannya, derhaka kepada Penciptanya


Nafsu punya angkara akal fikiran manusia pula dirosak- nya

Cerdik pandai pula dibodoh- nya, bahkan ditipunya


Manusia berfikir kehendak nafsu yang melulu tanpa memikirkan akibat buruknya


Hingga cerdik pandai berfikir sudah tidak normal lagi

Dungu di dalam cerdik, gila di dalam siuman, bodoh di dalam pandai


Mereka yang telah dikudakan oleh nafsu, itulah yang memikirkan kehidupan manusia


Bila manusia hidup di dalam ketakutan, mereka juga yang hendak memikirkan manusia yang telah rosak itu


Maka lahirlah kerosakan di dalam kerosakan

Dunia bertambah parah, untuk membaikinya bertambah bingung dan susah


Maka jalan keluarnya tangkapan demi tangkapan, hukuman demi hukuman, 

penjara sesak dibuatnya


Yang masyarakat ikut nafsu, yang jahat ikut nafsu, yang kena tangkap ikut nafsu


Yang membuat undang- undang ikut nafsu, yang menghukum ikut nafsu, apa sudah jadi?


Yang jadi dunia sudah dikuasai oleh nafsu

Dunia telah lesu  


Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka

Kehidupan di dunia hari ini sudah tidak ada erti apa-apa lagi

Manusia terancam oleh nafsunya sendiri. 


*SohibuzZaman*

No comments:

Post a Comment