Saturday, January 29, 2022

Sedikit ilmu akhir zaman

BAB TENTANG AL HARAJ YAKNI PENIPUAN DAN PEMBUNUHAN SERTA KEADAAN UMAT YANG DIPERBODOHKAN PADA HARI MENGHAMPIRI KIAMAT


Dari Abu Musa al Asy'ari ra beliau berkata, 

يُحَدِّثُنَا أَنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ الْهَرْجَ 
"Dahulu Rasulullah ﷺ menceritakan kepada kami bahwasanya sebelum terjadinya hari kiamat akan terjadi al-haraj,

قِيلَ وَمَا الْهَرْجُ
Ditanyakan (kepada baginda): "Apa itu al-haraj?

Baginda ﷺ menjawab:

الْكَذِبُ وَالْقَتْلُ
"𝗣𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 & 𝗣𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵𝗮𝗻."

 قَالُوا أَكْثَرُ مِمَّا نَقْتُلُ الْآنَ
Mereka (sahabat) berkata: Apakah lebih banyak Pembunuhan dari yang kami lakukan sekarang?

Baginda ﷺ menjawab,

قَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ بِقَتْلِكُمْ الْكُفَّارَ ، وَلَكِنَّهُ قَتْلُ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ، حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ جَارَهُ ، وَيَقْتُلَ أَخَاهُ ، وَيَقْتُلَ عَمَّهُ ، وَيَقْتُلَ ابْنَ عَمِّهِ .

" "Pembunuhan yang dimaksudkan bukan seperti yang kalian lakukan sekarang iaitu (memerangi) orang-orang kafir, Akan tetapi ia adalah pembunuhan satu dengan yang lain di antara sesama kalian sendiri (pembunuhan sesama umat islam) ,

Sehingga seseorang membunuh jirannya, seseorang membunuh saudaranya, seseorang membunuh bapa saudaranya dan membunuh anak bapa saudaranya sendiri,

Para Sahabat berkata:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَمَعَنَا عُقُولُنَا
"Subhanallah, Apakah pada hari itu, 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹?

Beliau Baginda berkata:

لَا ، إِلَّا أَنَّهُ يَنْزِعُ عُقُولَ أَهْلِ ذَاكَ الزَّمَانِ ، حَتَّى يَحْسَبَ أَحَدُكُمْ أَنَّهُ عَلَى شَيْءٍ وَلَيْسَ عَلَى شَيْءٍ

"Tidak, Sesungguhnya 𝗗𝗶𝗰𝗮𝗯𝘂𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗹-𝗮𝗸𝗮𝗹 (𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶) 𝗣𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁. Majoriti mereka (umat islam pada saat itu) menyangka bahawa mereka di atas Kebenaran, 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗸𝗶𝘁𝗽𝘂𝗻."

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ تُدْرِكَنِي وَإِيَّاكُمْ تِلْكَ الْأُمُورُ وَمَا أَجِدُ لِي وَلَكُمْ مِنْهَا مَخْرَجًا فِيمَا عَهِدَ إِلَيْنَا نَبِيُّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا أَنْ نَخْرُجَ مِنْهَا كَمَا دَخَلْنَاهَا لَمْ نُحْدِثْ فِيهَا شَيْئًا

Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh, saya khuatir Zaman perkara itu akan menemui aku dan kalian. *𝗗𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗶𝘁𝘂, kecuali kita keluar darinya sebagaimana kita memasukinya tanpa melakukan sesuatu pun juga.
(HR. Imam Ahmad no. 18810. Status hadis : Sahih)

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم والذي نفسي بيده لا تذهب الدنيا حتى يأتي على الناس يوم لا يدري القاتل فيما قتل ولا المقتول فيم قتل فقيل كيف يكون ذلك ؟ قال الهرج القاتل والمقتول في النار ||  رواه مسلم
 Artinya: “Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu beliau berkata; Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda; “Dan demi jiwaku yang ada ditanganNya, Dunia ini tidak akan pergi sampai (akhirnya) datang kepada ummat manusia satu masa, (dimana saat itu) seorang pembunuh tidak mengetahui dalam hal apa ia membunuh dan tidak (juga) seorang yang dibunuh (mengetahui) karena apa ia dibunuh.” Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pun ditanya; “Bagaimana hal itu bisa terjadi?” beliau menjawab; “Itulah Al-Harj, orang yang membunuh dan yang dibunuh di dalam neraka.” 
(HR. Imam Muslim)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ قَالَ
كَانَ عَبْدُ اللَّهِ وَأَبُو مُوسَى جَالِسَيْنِ وَهُمَا يَتَذَاكَرَانِ الْحَدِيثَ فَقَالَ أَبُو مُوسَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ أَيَّامٌ يُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ وَيَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيَكْثُرُ فِيهَا الْهَرْجُ وَالْهَرْجُ الْقَتْلُ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ubaid Telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Syaqiq ia berkata; Abdullah dan Abu Musa duduk-duduk saling mengingatkan hadits. Abu Musa berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Menjelang kiamat tiba, terdapat hari-hari yang pada hari itu ilmu diangkat, dan kebodohan bermaharajalela. Serta akan banyak terjadi Al Haraj, iaitu pembunuhan."
(HR. Imam Ahmad No.18677. Status hadis : Sahih)

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu'aib berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Az Zinad dari 'Abdurrahman Al A'raj dari Abu Hurairah ia berkata, "Nabi ﷺ bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu seakan berjalan dengan cepat, timbul berbagai macam fitnah, Al haraj -iaitu pembunuhan- dan harta melimpah ruah kepada kalian."
(HR. Imam Bukhari No.978)

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ قَالَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ
وَقَالَ شُعَيْبٌ وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami 'Ayyasy bin Al Walid Telah mengabarkan kepada kami 'Abdul A'la telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Sa'id dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ bersabda (tentang tanda-tanda kiamat); "Zaman terasa ringkas, amal shalih berkurang, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) dinyatakan secara terang-terangan, dan banyak al haraj." Para sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apa maksud istilah al haraj? ' Nabi menjawab "Pembunuhan-pembunuhan." Sedang Syu'aib, Yunus, dan Al Laits, serta anak Saudaraku, Az Zuhri, mengatakan dari Az Zuhri dari Humaid dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ.
(HR. Imam Bukhari No.6537)

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن الرسول الله صلى الله عليه وسلم قال: سيأتي على أمتي زمان تكثر فيه القراء، وتقل الفقهاء، ويقبض العلم، ويكثر الهرج، قالوا: وما الهرج يا رسول الله؟ قال: القتل بينكم، ثم يأتي بعد ذلك زمان يقرأ القرآن رجال لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد ذلك زمان يجادل المنافق والكافر المشرك بالله المؤمن بمثل ما يقول.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Akan tiba masanya pada umatku terdapat ramai qurra’ (pembaca al-Qur’an), sedikit para fuqaha’, tercabutnya ilmu dan banyak kejadian al-haraj. Mereka bertanya: Apakah itu al-Haraj, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Pembunuhan sesama sendiri. Kemudian akan tiba satu masa, terdapat pembaca al-Qur’an tapi bacaaanya tidak melepasi kerongkong mereka. Kemudian setelah itu akan tiba satu masa di mana orang munafiq dan kafir yang musyrik akan berdebat dengan orang beriman tentang Allah sepertimana yang dia katakan.
(HR. Imam al-Ḥākim didalam kitab Al Mustadrak Shahihain. Status hadis : Hasan)

#DiHatiKuRasulullahSAW
#AkuUmatMu
#KebangkitanIslam
#AllahummaAjirnaMinanNar
#AllahSWTCintaMatiHidupku
#SedarlahWahaiUmatAkhirZaman
#KusandingkanNafiDanIsbat
#SecebisDoaMerayuKasihSayang
#CintaHatikuAllahSWTDanRasulullahSAW

No comments:

Post a Comment