_*السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين.. اللهم أنزل الرحمة والمغفرة والسلامة على أبوى واله وخلفاءه وازواجه واولاده ومن نصره إلى يوم الدين ....أمين يا رب العا لمين*_ 🤲🏻
*IKHLAS*
Susah hendak ikhlas kerana ia adalah kerja hati
Perjalanan hati terlalu seni, halus, payah hendak dikesani
Malaikat pun tidak tahu ia rahsia Tuhan
Hanya Tuhan saja yang tahu, yang punya diri pun susah hendak tahu
Cuma minta selalu kepada Tuhan agar diikhlas hati kita
Tuhan sahaja yang boleh mengikhlaskan hati kita, kita hanya berusaha sedaya upaya
Cuba kita perhati menunjukkan susahnya ikhlas itu
Katalah kita hendak berdakwah, berdakwah itu bukankah baik
Apabila kita berdakwah, hati berkata point apa aku hendak cakapkan
kalau tidak sedap nanti apa kata orang?
Hati kata apa kata orang tidak ikhlaslah itu
Bukankah kita tidak sedar keikhlasan kita sudah tercacat?
Kita baca Al Quran, baca Al Quran adalah ibadah
Apabila kita baca Al Quran dihadapan ramai, hati berkata sedap juga suara aku ya!
Sudah tentu orang memujinya, keikhlasan kita sudah tercalar pula
Kita bersembahyang berjemaah di masjid, hati pun berkata menyelit
moga-moga orang kata aku orang masyarakat
Bukankah niat kita sudah tersasar dari asalnya, cacatlah keikhlasan kita
Mana kita sedar cacatnya keikhlasan kita itu
Bersedekah itu adalah sifat yang mulia kita pun bersedekah
Pada masa itu ada orang yang melihat, hatipun berkata, moga-moga orang itu nampak
Apa maksud hati berkata moga-moga ada orang yang nampak
Ertinya agar orang kata kita ini pemurah
Kiaskanlah amalan-amalan yang lain
Di sini baru kita sedar bahawa ikhlas itu amat susah
Kebaikan yang kita buat mudah sahaja bertukar niat
Oleh itu menangislah selalu kerana amal kebajikan kita belum tetntu diterima
Ikhlas adalah roh amal
Jika amal tidak ada roh Tuhan lemparkan sahaja ke muka kita
Waliyazubillah
No comments:
Post a Comment